Thursday 8 December 2016

Kerja sambilan yang boleh dibuat oleh pelajar.

Assalamualikum

Okay ,busy gila nak siapkan Final projek.. macam2 hal.
But,kerja tetap kerja juga huhu..walaupun busy dengan kerja dan study kena fikir juga..memang mencabar gila ,kena fikir masak2 dulu..tapi aku tak ada pilihan terpaksa kerja juga...namun ,keutamaan adalah STUDY! so fightinggggg!!!!!!!

Antara kerja yang pelajar/mahasiswi/mahasiswa/peganggur buat,kalau ada yang lain bolehlah komenπŸ˜—πŸ˜—πŸ˜ƒ :

1.Cari kerja part time
⇢Kedai makan salah satu korang boleh fikirkan,tetapi memang makan masa korang juga lah..so ,kena pandai bahagikan masa untuk kerja dan  kelas/kerja kumpulan/persatuan /sbgnya

2.Dropship
⇢Ni kerja yang agak mudah sikit untuk promosi..TETAPI agak kurang pelanggan bagi yang kurang teknik huhu.. so fightinggg.. just buka laman sosial dan promosikan ..ada orang beli,komisen dapat.

3.Menjual di tempat belajar korang.
⇢Makan ringan atau minuman (pernah aku buat masa Sem 1 dapat untung dalam RM400 lebih)
⇢Nota. (senang jer, korang dengar betul-ii apa pensyarah korang cakap dan salin. lepas tu jadilakan nota i think ke,comel2 ke... mesti ramai yang nak..so korang bolehla jual nota korang tu.Promote sekali dekat laman sosial (jangan tak cukup tangan sudah la yerkkkkk)
⇢Jual topup.
⇢Mengedit video/banner
⇢Jual tudung

4.Penulisan
⇢Korang ada bakat menulis ni lebih mudah nak buat duit. Buatlah cerpen/puisi/ novel dan sebagainya. Search dulu penerbit majalah/suratkhabar/lain2 tentang apa mereka mahukan.kalau mereka minat bolehlah dapat honorium atau duit.
⇢Sesetengah blogger,ada charge duit bagi sesiapa yang hantar karya yang diterima.cubalah.

5.Bisnes Printing
⇢Memang untung gegiler,kalau korang ada printer..jangan buang masa, buatlah bisnes printing..pakat dengan kawan2 ... keluarkan modal sama-ii ..nak beli ink,kertas dan sebagainya. Untung bagi sama.Promosilakan bisnes korang tu ,sebarkan template ke, tampal template dekat pitu bilik korang.. ps:luar pintu okay. Selalunya ''printer yang mahal sikit, ink dia lebih murah'' yang nak beli printer ,research dulu yupp.

6.Perkhidmatan Tusyen
⇢Korang juga boleh buat kelas tusyen,untuk budak/pelajar nak ambil BI/MUET/MATH atau subjek pape jela.. charge ikut jam ke..atau yuran bulanan.Disamping tambah pendapatan,timba pengalaman

7. Buat duit dengan  Blog
⇢Yang ni aku tak reti pon ..yang aku tahu blog boleh buat duit hahahahaha

8.Melukis
⇢Masuklah pertandingan melukis ke untuk dapatkan manfaat (hadiah)
⇢Hantarkan lukisan/komik kepada penerbit yang menawarkan penghantaran karya.selalunya kat internet pun ada. kena scan baru hantar.


Okay,itu saja ..maaf jika ayat agak pening  dan kekurangan ya.. korang yang ada kerja sambilan tu..cer citer sikit yang mana korang pilih?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jap.

Assalamualaikum, boleh tinggalkan komen tak..siapa yang view blog aril ni?Saja nak tahu.. Beratus-ratus bila Aril tengok..πŸ˜€