Saturday 18 February 2017

Bab 3:Dusun Arwana

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.


''Ada kelibat manusia lah''
Ada orang,mudahan manusia sebenar.Aku dah penat melihat benda bukan-bukan.

''Assalamualaikum,dik'' salamku sebagai pembuka bicara.Aku lihat seorang gadis sedang memegang pakaian yang sudah dibasuh didalam baldi. Dia tidak menjawab salamku terus .Malah,muka dia berubah menjadi ketakutan melihat aku.  

''Wa wa alaikumusalam''jawabnya gagap.

''Tumpang tanya, saya ada kat mana eah ni? saya sedang bercakap dengan manusia ke ni? adik tahu tak jalan yang dekat nak pergi ke Kuala Lumpur? '' Soal ku bertubi-tubi pada gadis tersebut.

Mukanya kehairanan melihat aku.
Dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

''Dik,tolonglah jawab.Saya dah lama rindukan rumah dan keluarga saya.Saya kat mana ni?''

''Tempat ni namanya  Beri,Dusun Arwana.Saya tak pernah dengar  perkataan Kuala Lumpur.''

''Hahhhh? tempat apa ni.''

Gadis itu segera berlalu dari situ.Barangkali aneh melihat aku.Tapi aku sangat yakin bahawa dia adalah manusia.Aku segera mengekorinya dari belakang.Mana lah tahu, ada yang boleh aku minta tolong.

Aku melihat sebuah kampung yang sedang melakukan aktiviti hariannya.Ada yang sedang mengemas-ngemas kedai makannya ,ada yang sedang  membuat pertunjukkan dan macam-macam lagi.Namun,yang anehnya semua baju penduduk disitu sama.Cuma 3 atau 4 orang saja berlainan.Ada seseorang yang perasan kehadiran aku. Dia  membisikkan sesuatu kepada rakan sebelahnya dan mendatangi aku .

Bersambung...

Friday 17 February 2017

Seronok ke law?baca sampai habis.

Assalamualaikum.Hi semua.

Apa perspektif yang boleh kamu fikir ,pertama sekali yang kamu terfikir bila aku sebut ''kos law''?

Pasti ada yang cakap .

''Eleh, bosan hidup law ni''
''Best tu ,duit banyak''

Cukuplah aku senaraikan satu contoh negatif dan positif.

Memang aku akui, kehidupan law pasti bosan.Mana tidaknya,mereka tidak boleh bergaul sesuka hati dengan orang luar.Risiko, untuk membela orang yang sememangnya bersalah  juga amat besar.Tanggung diakhirat la nanti kan? Moga menegakkan kebenaran terhadap orang yang  memang tidak bersalah.

Nak jadi peguam bukanlah semudah yang disangka.
Kau kena tahan fizikal dan mental.Psykologi kena power.

Kau pasti akan rasa menangis dan menyesal.Bila tak mampu go dengan law,
''Kenapa aku ambil kos ni dulu!''
''Kenapa susah sangat''
''Boleh jadi gila macam ni''

Contoh saja atas tu..

Jangan menyesal.Kau dah berpijak pun sebagai kos law. Minat kau untuk menjadi law.Sebab tu penting,jumpa kaunselor tanya personaliti kau yang sesuai untuk pekerjaan kau .Dah ambil law tu..Go Forward je lah..
Kalau rasa memang amat tidak mampu..
Tukar aliran lain..lari sikit dari kos.
Sebab ,nanti kau yang akan   kerja .Mula la nanti, cuti 360 hari,pergi kerja 2 hari je.Selebihnya mereput.Masa hadapan kau ,kau perlu corakkan. Kalau rasa tak mampu.change your cost.Many cost u can go but one think you need know.

'TAK KISAHLAH KAU AMBIL KOS APA SEKALIPUN ,KALAU  TIADA ATTITUDE, MOHON BERHENTI BELAJAR!JANGAN BAZIR DUIT''

Understand what i try  to explained?

Bukan bertujuan untuk menakutkan,tetapi cukup untuk mengejutkan agar bangun dari tidur,

Bab 2: Rumah Kosong

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Sambungan nukilan  bab 1:Siapa diriku.

  Aku bangun dari tidur.
''Eh,aku berada dirumah rupanya.Tapi tunggu dulu... ''
''Rumah siapa pula ni?''

Aku berbicara sendirian.Aku melihat seluruh ruang didalam rumah itu.Kosong.
Aku sebagai lelaki tidak akan mudah tewas dalam permainan ini.
Semalam dipulau,hari ini dirumah kosong pula.
Sejak  2 ,3 hari ini,hidup aku diselubungi misteri yang tidak dapat aku fahami. Aku hanya melayani sahaja dimana dan apa yang akan berlaku.

Ah itu apa pula yang sedang perhatikan aku tu. Aku terdengar dia mengiau-ngiau.
''Oh kucing rupanya.''
Kucing itu bukanlah seperti kucing yang biasa.Kucing tersebut dihiasi dengan permata yang bersinar-sinar.

Aku memegang kucing tersebut dan mendukungnya. Barangkali,kucing ini boleh jadi peneman aku.Lagi pula,aku sunyi keseorangan.Tiada satu manusia yang benar-benar manusia pun yang aku jumpa beberapa hari ini.Tiba-tiba kucing tersebut bertukar menjadi seekor binatang buas.Binatang yang tidak dikenali.Nak kata harimau bukan,nak kata ular bukan, nak kata khinzir pun bukan.

Aku berlari sekuat hati aku.

Namun semuanya kosong. Putih.Tidak ada jalan satu pun yang boleh aku lewati.Aku melihat binatang aneh itu sudah tidak  mengejar aku lagi.
Aku berhenti kepenatan.

Rumah yang aku lihat kosong itu bertukar menjadi sebuah tembok yang cantik. Aku lihat tulisannya.

''Tulisan apa pula ni.Berselirat''

Bersambung...



Bab 1: Siapa diriku

Assalamualaikum wb
Hasil nukilan dari diri yang bernama Muhammad Aril Azriq. Jom baca.

              Malam  yang hening lagikan angin menyentuh tubuhku.Sejuk kedinginan.Ku lihat kiri,ku lihat kanan . Tiada sesiapa.Aku sendiri di tengah pulau tanpa berteman . Bunyi burung gagak yang begitu mengerikan seakan menanti mangsa disulam siang. Aku hanya duduk terkaku dan terpaku. Menanti siag yang tak kunjung datang.

''Ah,mana semua orang? '' aku bicara sendiri .

Aku lihat lagi,jauh disudut balik pohon yang rendang seakan ada yang sedang memerhati diri aku. Bayang itu bergerak dan semakin menghampiri diri aku. Bulu roma ku tiba-tiba meremang. Bayang itu semakin dekat dan hampir dekat. Aku memejamkan mata, lalu ku buka kembali.

''Ah sudah siapa pula orang tua yang berada dihadapan aku ini. ''

Ya benar,seorang nenek tua yang bongkok dan berjalan menggunakan tongkat rupanya. Patutlah,jalan lambat saja.

''Nek, saya nak tanya.Saya dimana? Mengapa saya sendirian?dimana semua orang? ''

''Shhhhhhhhhhhhh'' nenek itu hanya berdesis lalu tersenyum.

Aku kembali menjadi seram sejuk. Aku memalingkan kearah lain dan ku paling semula dihadapan.

''Eh,mana pula si nenek tadi.Hilang?Hantu ke!''

Aku berjalan kearah disebuah pondok yang aku sendiri buat dengan menggunakan pelepah dan kayu yang berhampiran.Aku terlihat pula 3 orang anak gadis yang cantik bagaikan ratu model yang cantik .Ku lihat, mereka  sedang berlari-lari  di tepi pantai. Barangkali bermain kejar-kejar. Aku sudah lali melihat ini semua.Rasanya,aku sudah penat dan lelah.Seharian tanpa makanan .Hanya berbekalkan minuman yang hampir kehabisan.Aku lelah.Aku sudah tidak tahan.

Aku tertidur .

Bersambung..

Bab2:Rumah Kosong

Tinggalkan komen jap.

Assalamualaikum, boleh tinggalkan komen tak..siapa yang view blog aril ni?Saja nak tahu.. Beratus-ratus bila Aril tengok..😀