Friday 17 February 2017

Bab 2: Rumah Kosong

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Sambungan nukilan  bab 1:Siapa diriku.

  Aku bangun dari tidur.
''Eh,aku berada dirumah rupanya.Tapi tunggu dulu... ''
''Rumah siapa pula ni?''

Aku berbicara sendirian.Aku melihat seluruh ruang didalam rumah itu.Kosong.
Aku sebagai lelaki tidak akan mudah tewas dalam permainan ini.
Semalam dipulau,hari ini dirumah kosong pula.
Sejak  2 ,3 hari ini,hidup aku diselubungi misteri yang tidak dapat aku fahami. Aku hanya melayani sahaja dimana dan apa yang akan berlaku.

Ah itu apa pula yang sedang perhatikan aku tu. Aku terdengar dia mengiau-ngiau.
''Oh kucing rupanya.''
Kucing itu bukanlah seperti kucing yang biasa.Kucing tersebut dihiasi dengan permata yang bersinar-sinar.

Aku memegang kucing tersebut dan mendukungnya. Barangkali,kucing ini boleh jadi peneman aku.Lagi pula,aku sunyi keseorangan.Tiada satu manusia yang benar-benar manusia pun yang aku jumpa beberapa hari ini.Tiba-tiba kucing tersebut bertukar menjadi seekor binatang buas.Binatang yang tidak dikenali.Nak kata harimau bukan,nak kata ular bukan, nak kata khinzir pun bukan.

Aku berlari sekuat hati aku.

Namun semuanya kosong. Putih.Tidak ada jalan satu pun yang boleh aku lewati.Aku melihat binatang aneh itu sudah tidak  mengejar aku lagi.
Aku berhenti kepenatan.

Rumah yang aku lihat kosong itu bertukar menjadi sebuah tembok yang cantik. Aku lihat tulisannya.

''Tulisan apa pula ni.Berselirat''

Bersambung...



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jap.

Assalamualaikum, boleh tinggalkan komen tak..siapa yang view blog aril ni?Saja nak tahu.. Beratus-ratus bila Aril tengok..😀