Saturday 18 February 2017

Bab 3:Dusun Arwana

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.


''Ada kelibat manusia lah''
Ada orang,mudahan manusia sebenar.Aku dah penat melihat benda bukan-bukan.

''Assalamualaikum,dik'' salamku sebagai pembuka bicara.Aku lihat seorang gadis sedang memegang pakaian yang sudah dibasuh didalam baldi. Dia tidak menjawab salamku terus .Malah,muka dia berubah menjadi ketakutan melihat aku.  

''Wa wa alaikumusalam''jawabnya gagap.

''Tumpang tanya, saya ada kat mana eah ni? saya sedang bercakap dengan manusia ke ni? adik tahu tak jalan yang dekat nak pergi ke Kuala Lumpur? '' Soal ku bertubi-tubi pada gadis tersebut.

Mukanya kehairanan melihat aku.
Dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

''Dik,tolonglah jawab.Saya dah lama rindukan rumah dan keluarga saya.Saya kat mana ni?''

''Tempat ni namanya  Beri,Dusun Arwana.Saya tak pernah dengar  perkataan Kuala Lumpur.''

''Hahhhh? tempat apa ni.''

Gadis itu segera berlalu dari situ.Barangkali aneh melihat aku.Tapi aku sangat yakin bahawa dia adalah manusia.Aku segera mengekorinya dari belakang.Mana lah tahu, ada yang boleh aku minta tolong.

Aku melihat sebuah kampung yang sedang melakukan aktiviti hariannya.Ada yang sedang mengemas-ngemas kedai makannya ,ada yang sedang  membuat pertunjukkan dan macam-macam lagi.Namun,yang anehnya semua baju penduduk disitu sama.Cuma 3 atau 4 orang saja berlainan.Ada seseorang yang perasan kehadiran aku. Dia  membisikkan sesuatu kepada rakan sebelahnya dan mendatangi aku .

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jap.

Assalamualaikum, boleh tinggalkan komen tak..siapa yang view blog aril ni?Saja nak tahu.. Beratus-ratus bila Aril tengok..😀