Assalamualaikum wb
Hi..sayang-ii semua..
Buat apa tu?dah makan?ke belum bangun lagi ni..aishh dah pagi kan,macam mana rezeki nak masuk..
Orait,malam tadi ,Aril baru lepas buat show teater.Memang mula seram sejuk.Macam nak luluh jantung. Bukan apa, takut mengecewakan rakan-rakan dan penonton je..huhu..
But,Alhamdulillah.Grateful to Allah. Allah ease everything.
So,these morning Aril story sikit tentang malam teater tersebut.
Teater yang dipilih berdasarkan 3 tema iaitu Kebencian,Kasih Sayang,Kehilangan.So,kami masukkan ketiga-tiga tema tersebut menjadi satu cerita..Pelikkan bunyinya? ke aku sorang je rasa..huhu..
Tajuk teater kami, '' Beku ''
Aril selaku watak utama memegang watak sebagai Asyraf .Asyraf merupakan seorang remaja yang sangat jahil dalam Agama. Dia menyimpan perasaan kepada seorang gadis jelita di kolejnya.Sehinggakan sampai satu tahap si Asyraf hampir-hampir ingin merogol seorang gadis yang sangat alim (Aina) .Namun, niat tersebut diketepikan disebabkan sesuatu kejadian yang melahirkan keinsafan dalam dirinya.Abang Aina (Taufik) belajar di satu kolej yang sama dengan Asyraf mengetahui tentang hal tersebut dan meminta agar Asyraf berkahwin dengan Aina.
Aina pada mulanya menolak kerana tiada apa-apa pun yang berlaku diantara mereka. Namun atas desakan Taufik ,Aina menerimanya. Namun, apabila Asyraf berjumpa dengan ayah Aina (Ustaz Hafiz) , ayah Aina menolak. Asyraf begitu jahil dalam agama. Bacaan dalam solat pun tak dapat go. Huhu.Namun,selepas Taufik memberitahu kepada ayahnya.Ayahnya menerima tetapi sebelum itu,dia perlu belajar soal agama sebelum berkahwin dengan anaknya.
Pada suatu hari, Andid kawan kepada Asyraf mengajak Asyraf mengikutinya disuatu tempat yang dia belajar agama. Asyraf mengikutinya sahaja pada mulanya. Namun,Asyraf berasa ada yang pelik ditempat belajar agama tersebut. Rupa-rupanya, akhirnya dia mengetahui bahawa tempat tersebut merupakan ajaran sesat.Nasib,dia mengetahui lebih awal.
Asyraf pasrah kalau dia tidak pandai agama,tetapi dia tak lah jahil sehingga tidak mengenal ajaran sesat. Akhirnya, Asyraf berguru dengan seorang Ustaz Azrul. Apabila, Asyraf sudah mengenal agama ,dia mendapat tahu bahawa Aina sudah pun berkahwin dengan Azmarul .Azmarul telah pun meminang Aina ketika Asyraf belajar agama.
Asyraf mulanya terkilan dan hampir melupakan Allah semula .Jahil yang dulu hampir menguasai dirinya. Pada saat akhir, dia sedar '' belajar agama bukan disebabkan manusia tetapi kerana Allah.''
Ustaz Azrul telah menjodohkan Asyraf dengan anaknya, Amirah.
Tamat.
Maaflah,jika korang tak faham apa yang Aril ceritakan tu.Namun begitu,terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan teater tersebut..Muah2x hahaha
No comments:
Post a Comment